.Feast ialah sebuah kumpulan alternatif rock Indonesia yang ditubuhkan pada tahun 2013, dianggotai oleh Daniel Baskara Putra (Hindia), Adnan Satyanugraha Putra, Dicky Renanda Putra dan Fadli Fikriawan Wibowo.
.Feast dikenali menempa nama dalam lanskap muzik semasa sebagai antara kumpulan yang paling lantang bersuara. Mereka konsisten mengangkat pelbagai isu dan realiti masyarakat dalam lirik — termasuk hal-hal berkaitan politik domestik. Setiap tema yang diketengahkan diperkukuh dengan susunan muzik yang berenergi, moden, intens dan megah, namun tetap mudah dihadam oleh pendengar.
Album sulung mereka, MULTIVERSES (2017), diikuti dengan album mini Beberapa Orang Memaafkan (2018) yang mendapat pujian kritis telah melonjakkan nama mereka ke arus perdana. Kejayaan ini sekali gus membina kelompok peminat yang besar dan setia. Lagu-lagu seperti “Peradaban”, “Berita Kehilangan” dan “Tarian Penghancur Raya” turut meninggalkan kesan mendalam dalam landskap muzik Indonesia, mengukuhkan lagi reputasi mereka sebagai antara suara paling berpengaruh dalam generasi mereka
Membangun & Menghancurkan merupakan album ketiga oleh .Feast yang meneroka perjalanan setiap anggota kumpulan sepanjang sedekad lalu serta usaha mereka untuk meruntuhkan dan membina semula diri masing-masing.
Jika sebelum ini lirik .Feast sering mencerminkan kemarahan dan kekecewaan terhadap dunia luar, dalam Membangun & Menghancurkan emosi tersebut lebih banyak diarahkan ke dalam diri mereka sendiri.
Buat pertama kalinya, .Feast menjauhkan diri daripada persona pengulas sosial dan politik dalam lagu-lagu mereka, sebaliknya memilih pendekatan penceritaan yang lebih peribadi dan membumi.
Album ini kemudiannya memenangi anugerah ‘Album Rock Terbaik’ di Anugerah Musik Indonesia 2025 (AMI Awards), sekali gus menjadi satu pencapaian penting dalam perjalanan kerjaya kumpulan tersebut.